google search console

Tips Naikkan Trafik Blog & Impressions di Google Search Console

Tips Naikkan Trafik Blog & Impressions di Google Search Console

Alhamdulillah ‘ala kulli hal, akhirnya ada kesempatan untuk berkongsi hari ini tentang tips naikkan trafik blog & impressions di Google Search Console.


Sebenarnya hampir sebulan lebih juga aku gunakan kaedah ini untuk tingkatkan trafik blog aku. InsyaAllah cara ini memang berkesan dengan syarat korang lakukan dengan betul. 

Tips Naikkan Trafik Blog & Impressions di Google Search Console
Performace blog bahagian image pada bulan Mac lebih tinggi berbanding bulan Januari

Tips Naikkan Trafik Blog & Impressions di Google Search Console 

1. Upload Gambar Original / Create Imej Sendiri

Caranya mudah sahaja, korang hanya perlu upload gambar original di blog ataupun create imej sendiri menggunakan mana-mana aplikasi.

Nampak simple sahaja kan? Tetapi ramai yang ambil mudah bab gambar di blog.

Tidak dinafikan aku juga kadang ambil gambar dari Google dan jadikan gambar sebagai entri blog.

Tips Naikkan Trafik Blog & Impressions di Google Search Console

Apabila korang ambil gambar dari google biasanya gambar yang korang ambil itu jarang mendapat kedudukan di Google Image kerana Google dapat detect gambar yang original. Dorang takkan letak gambar yang sama di enjin carian. 

2. Isi Bahagian Alt-Text & Title Text Imej

Seperti yang aku pernah maklumkan pada artikel sebelum ini korang wajib isi bahagian alt-text & title text untuk gambar yang korang upload di blog. Ia dapat meningkatkan SEO dengan memasukkan alt text dan judul pada gambar.

Cara google indeks gambar kita ialah melalui alt-text dan title text. Jadi sekiranya korang abaikan bahagian ini, korang telah lepaskan peluang untuk dapatkan trafik daripada Google Image. 

3. Gunakan Keyword yang Sesuai Pada Gambar

Pada bahagian alt-text dan title text korang hendaklah menggunakan keyword yang sesuai dengan gambar tersebut. 


Sebagai contoh korang letak gambar buah epal hijau. Korang hendaklah menggunakan kata kunci :

  • buah epal
  • epal hijau
  • apple 
Hal ini kerana pengguna search gambar menggunakan kata kunci tersebut. Sekiranya korang upload gambar epal hijau tetapi bahagian deskripsi korang letak buah rambutan memang salahlah. 

4. Compress & Resize Gambar

Jangan lupa untuk compress gambar sekiranya saiz gambar yang korang upload di blog adalah besar. Saiz gambar yang besar akan menyebabkan blog loading lebih lambat. 


Sekiranya korang create imej menggunakan mana-mana aplikasi, pastikan korang resize gambar menggunakan saiz yang sesuai dan tidak terlalu besar. Dan saiz gambar setiap blog tidak sama ya. 
Ia bergantung dengan jenis template yang korang guna.
Cara nak tahu saiz imej blog korang, Right Click → Klik bahagian Inspect

Untuk saiz imej blog aku ialah 286px  X  180px


saiz-gambar-untul-blog

Saiz tersebut sesuai untuk thumbnail sahaja ya. Jadi korang kena tahu saiz imej blog korang. Tak boleh ikut saiz blogger lain kerana ia akan memberi kesan kepada performance dan loading blog. 

Sekiranya korang upload gambar dari handphone korang, jangan lupa untuk compress dahulu sebelum letak dalam artikel. 

Kesimpulannya

Secara ringkasnya cara nak naikkan trafik blog melalui imej korang hendaklah menggunakan gambar original, saiz gambar yang kecil dan kata kunci yang sesuai. 

Nampak mudah tetapi tidak semudah itu sebab nak edit bahagian gambar inilah yang paling leceh sekali nak buat. 
Kebanyakkan blogger nak ringkas saja. Upload gambar dah siap!
Cuma kesannya pada jangka masa yang panjang blog korang akan jadi lambat loading. Slowly akan jadi berat. 
Walau korang tukar template banyak kali pun, masalah utama blog tu tetap ada kat situ. Hal ini kerana punca perfomance blog menurun bukan disebabkan oleh template, tetapi cara korang menggunakan imej di blog. 
Semoga tips ini memberi manfaat buat semua. All the best!

Jangan lupa follow blog dan media sosial belajar buat blog untuk konten menarik berkenaan blog.
  • Blog : https://www.belajarbuatblog.com
  • Instagram : https://www.instagram.com/belajarbuatblogdotcom
  • Fb Page : https://www.facebook.com/Belajar-Buat-Blog-104045572364953
  • Telegram : https://t.me/belajarbuatblogdotcom

Terimakasih telah membaca di Aopok.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Piool.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top