Trend pemasaran digital pada tahun 2024 semakin menarik, dan banyak perubahan besar yang berlaku. Dari penggunaan kecerdasan buatan (AI) untuk menghasilkan kandungan secara automatik hingga penggunaan video pendek di platform seperti TikTok dan Instagram.
Pendekatan pemasaran kini semakin fokus pada pengalaman yang lebih peribadi dan interaktif. Trend terkini ini memberi peluang besar bagi blogger untuk berkembang.
Sebagai blogger, sekiranya korang ingin kekal relevan, korang perlu memahami cara untuk menggunakan teknologi dan trend pemasaran ini dalam blog.
Artikel ini akan mengupas trend pemasaran digital 2024 yang boleh membantu menarik lebih banyak pembaca, meningkatkan engagement, dan mengoptimumkan peluang monetisasi.
1. Penggunaan AI dan Automasi
Sekarang ni, ramai peniaga menggunakan teknolohi AI untuk memudahkan kerja pemasaran. Contohnya, AI boleh bantu buat content, tulis artikel, atau jadi chatbot yang layan pelanggan 24/7. Bayangkan, tak perlu lagi duduk depan komputer lama-lama untuk balas mesej. Automasi ni memang membantu, tapi kreativiti manusia tetap penting untuk bagi sentuhan peribadi pada setiap kempen pemasaran.
Sebagai contoh, blogger boleh menggunakan alat AI seperti Grammarly untuk memperbaiki ejaan dan tatabahasa, atau QuillBot untuk parafrasa dan penyusunan semula ayat. Alat ini membantu blogger menjimatkan masa dalam menghasilkan draf artikel dan mempercepatkan proses penulisan.
2. Populariti Mikro-Influencer
Dulu, ramai suka guna influencer besar yang ada jutaan followers. Tapi sekarang, trend beralih kepada mikro-influencer, iaitu influencer kecil dengan jumlah followers yang lebih sikit tapi sangat berpengaruh dalam niche tertentu.
Pengikut mereka lebih percaya pada review yang diberi sebab nampak lebih tulen dan tak nampak macam iklan semata-mata. Jadi, kalau nak promote produk, cuba cari mikro-influencer yang sesuai dengan target market korang.
Jika korang mempunyai pengikut yang lebih kecil tetapi setia, korang juga boleh berkolaborasi dengan jenama untuk mempromosikan produk. Fokus pada niche yang spesifik dan pastikan kandungan yang dipromosikan relevan dengan audiens.
3. Kandungan Video Elemen Utama dalam Pemasaran Digital
Video marketing memang tak pernah ketinggalan zaman. Tahun 2024, video pendek macam di TikTok dan Instagram Reels masih jadi pilihan ramai. Ramai pengguna lebih suka tengok video pendek dan padat berbanding baca teks panjang.
Live streaming pun makin popular sebab orang suka tengok sesuatu yang lebih spontan dan asli. So, kalau korang belum mula buat content video, ini masa yang terbaik untuk cuba!
Jangan hanya bergantung pada blog bertulis sahaja. Cuba buat video pendek atau tutorial berkaitan topik yang korang bincangkan di blog. Ini boleh memberi peluang untuk menjangkau audiens yang lebih luas.
Sumber: Search Engine Journal |
4. Pengoptimuman Carian Suara (Voice Search)
Dengan pembantu suara seperti Siri dan Google Assistant, carian suara semakin popular. Ini bermakna, SEO korang perlu disesuaikan untuk menjawab soalan yang biasa ditanya secara lisan.
Oleh itu, fokus pada penggunaan soalan yang biasa dicari oleh pengguna dalam kandungan blog korang. Contohnya, bukannya hanya menggunakan kata kunci “kedai kopi terbaik,” fokus pada frasa seperti “di mana kedai kopi terbaik berhampiran saya?”
5. Penggunaan Augmented Reality (AR)
Teknologi AR semakin digunakan dalam e-commerce, membolehkan pengguna mencuba produk secara maya. Walaupun ini lebih biasa digunakan oleh jenama besar seperti IKEA dan Sephora, ia memberi kita idea bagaimana teknologi ini boleh memberi pengalaman yang lebih menarik kepada pengunjung.
Sumber: IKEA |
Sekiranya korang terlibat dalam penjualan produk, pertimbangkan untuk menggunakan AR dalam laman web atau media sosial. Misalnya, korang boleh menyediakan ciri yang membolehkan pengunjung melihat produk secara maya atau mencuba aplikasi yang relevan.
Kesimpulannya
Trend pemasaran digital 2024 lebih fokus pada personalisasi, penggunaan teknologi, dan pengalaman pengguna yang lebih interaktif. Sebagai blogger, pastikan korang terus mengembangkan strategi pemasaran yang sesuai dengan trend ini untuk terus relevan dalam dunia digital yang pantas berubah.
Rujukan:
- https://huble.com/en-us/blog/digital-marketing-trends-2024
- https://www.searchenginejournal.com/digital-marketing-trends/478799/
Terimakasih telah membaca di Aopok.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Piool.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com dan join di komunitas Topoin.com.